Monday 7 December 2015

Salahkah jika bertanya cara doa dalam solat ? dan persoalan al kursiy..


Soalan sdri Norma Bakar tentang bagaimana cara doa dalam solat "mengikut imam syafie" TIDAKLAH SALAH SEDIKIT PUN. Ia merupakan bentuk soalan biasa semenjak zaman berzaman.
Soalan daripada orang biasa mahupun soalan daripada ahli ilmu.
Ini kerana para mujtahid yg dinasabkan dgn mazhabnya itu, merupakan tabien & tabi' tabien yg sangat hampir dgn zaman nabi & sahabat. Para mujtahid ini mempelajari tafsir al-quran dan hadis drpd sumber asli yg terjamin kebenarannya iaitu melalui lidah para sahabat dan tabi'ien.
Mengikut sejarah pengumpulan hadis, seawal zaman saidina Umar lagi beliau telah membuat solat istikharah utk memohon petunjuk Allah bagi MEMBUKUKAN hadis. Tetapi taqdir Allah tidak memberi kata putus untuk itu. Justeru, saidina.Umar hanya MENGUMPULKAN hadis-hadis rasul sahaja tanpa membukukannya.
Dalam pelajaran Manhaj Muhaddithin kita akan dapati antara metod yang saidina Umar gunakan adalah taqallul dan tathbit & tasyaddud dalam setiap hadis yg diterima. Setiap hadis wajib didatangkan dgn saksi sahabat yg mendengarnya. Metod yg digunakannya ini hampir sama dengan metod pengumpulan al quran. Dalam hal ini, kita boleh merujuk kitab Tazkirat al Huffaz oleh al Zhahabi, al Majruhin min al Muhaddithin wa al Dhu'afak oleh al-Hafiz Ibn Hibban dsg.
Hadis-hadis rasul agak lambat dibukukan kerana rasul pada asalnya melarang menulis hadis baginda. Sebabnya baginda tidak mahu hadis yg ditulis atas lembaran- lembaran itu tercampur dengan lembaran yg bertulis ayat al-quran. Baginda mahu para sahabat menumpukan perhatian kepada hafazan & pemahaman terhadap sumber pertama perundangan islam iaitu al Quran. Pun begitu rasul membenarkan segelintir sahabat yg meminta izin, untuk menulis hadis baginda. Kerana itu ada beberapa orang sahabat yg mempunyai catatan peribadi hadis sendiri semenjak zaman nabi.
Pembukuan hadis terus shj berlaku selepas kewafatan rasul namun secara tidak rasmi. Para ulamak yg belajar, menyimpan catatan hadis masing2. Cuma pembukuan secara rasmi TIDAKLAH berlaku. Hanya pembukuan hadis secara personal shj yg berlaku.
Imam Malik contohnya ketika menyusun kitab hadisnya al-muwatta', beliau ditanya apa perlunya imam malik menyusun muwatta' lagi sedangkan buku-buku hadis AL MUWATTA'AT telah banyak? Beliau menjawab, apa yg dikarang ikhlas atas nama Allah akan kekal selamanya". Ini secara jelas antara bukti menunjukkan ramai ulamak mempunyai catatan hadis sendiri.
Cuma taqdir Allah menetapkan pembukuan hadis secara rasmi tidak dapat dilaksanakan pada zaman saidina Umar. Malah Allah mentaqdirkan juga di hujung pemerintahan Ali kwh, muncul pelbagai aliran faham agama spt qadariah, jabariah, mujassimah dsg. Selain itu, muncul juga orang-orang yg tidak kuat imannya yang mula mengambil kesempatan mencipta hadis palsu untuk kepentingan peribadi mereka.
Malah kumpulan pecahan politik iaitu khawarij yg asalnya adalah penyokong Saidina Ali, pun mula membawa aliran sendiri. Mereka menyalahgunakan tafsiran ayat al quran yg ditujukan kpd orang kafir utk menyalahkan org muslim yg tidak sealiran dgn mereka. Jadi bermulalah era tersebarnya hadis palsu untuk menyokong kepentingan masing2. Namun, kumpulan ulamak yg mempelajari ilmu drpd sahabat & tabien sangatlah ramai sehingga kita beroleh ilmu yg benar drpd mereka sbgmn selamatnya kita menerima al quran pd hari ini.

Mengikut sejarahnya, khalifah Umar Abd Aziz di zaman Umayyah meminta al-bukhari mengumpulkan hadis- hadis sahih dalam sebuah kitab agar orang awam boleh merujuknya. Ini kerana mereka tidak dpt membezakan hadis sahih @ palsu & perlukan panduan. Jadi terhasillah Sahih al Bukhari slps 16 tahun al bukhari mengumpulnya.
Namun, bagi pihak ulamak, mereka memasukkan pelbagai status hadis dalam kitab mereka. Di dalam kitab mereka itu, mereka masukkan hadis hasan & hadis dhoif kerana mereka tahu mana hadis yg boleh digunakan utk berhujah dan mana yg tidak. Mereka juga tahu mana hadis yg ada syawahidnya & mana yg tidak.
Sebab itu al-Bukhari memasukkan hadis dhoif dalam kitabnya Adab Mufrad &Tarikh Kabir, Abu Dawud & Tirmidhi memasukkan hadis dhoif dalam kitab sunan mereka, al- Hafiz ibn kathir mencatatkan hadis dhoif dalam tafsirnya dan sebagainya.
Berbalik kepada soalan sdri Norma Bakar tentang "mengikut imam syafie". Soalan itu mahupun perbuatan taqlid/mengikut imam syafie atau imam mazhab TIDAKLAH SALAH SAMA SEKALI.
Malah bagi orang awam itulah yg paling baik. Ini kerana kita sbg orang awam diharuskan mengikut tafsiran nas al quran & hadis drpd imam2 mujtahid.
Ini kerana Imam mujtahid ialah manusia yg bukan setakat hafaz seluruh ayat al-quran & himpunan hadis Rasulullah saw malah menguasai KESELURUHAN INTIPATI & MAKSUD yang terkandung dalam ayat al quran dan ratusan ribu hadis itu. Ditambah pula, mereka ini juga mempunyai amalan-amalan rohani yang hebat & sangat bertaqwa.

Tidak hairanlah mereka mampu khatam al quran dalam tempoh 7 hari, sebulan sekali dsg. Zikir & solat sunat mereka tidaklah dapat dipertikaikan. Pendek kata, mereka ini bukanlah orang biasa. Mereka mendapat futuh/ ilmu drpd Allah dengan kerajinan & ketaqwaan mereka. Firman Allah dlm surah al-baqarah ayat 282
واتقوا الله ويعلمكم الله
Maksudnya : ....bertaqwalah kamu kpd Allah, nescaya Allah mengajarkan kamu ilmu.
Sebab itulah berdasarkan hadis muslim dlm bab al-aqdhiah, dalam kitab-kitab usul al fiqh ada dinyatakan,
"jika mujtahid betul menepati kehendak Allah dalam hukum hakam yg ijtihadkannya berdasarkan KESELURUHAN ayat alquran & hadis, beliau akan mendapat DUA PAHALA. Namun jika ijtihad mereka tidak menepati kehendak Allah (misalnya mereka memilih hukum makruh tetapi Allah lebih menyukai hukumnya harus), maka mereka mendapat SATU PAHALA.
Pengikut mereka iaitu orang awam seperti kita, BOLEH memilih untuk mengikut pandangan imam mujtahid ini kerana keupayaan iilmu mereka itu sangat melampaui keupayaan ulamak lain yg tidak diiktiraf sebagai mujtahid. Dengan kata lain gelaran "MUJTAHID" diberikan kepada ulamak teragung dalam level tabi' al-tabi'en yang prioriti tarafnya itu di bawah manusia agung yg bergelar "SAHABAT NABI".
Ini kerana imam mujtahid bukan setakat bertaraf "ahli hadis" yg hafaz beratus ribu hadis beserta sanad, tahu rijalnya, sahih dhaifnya & turuq syawahidnya, malah sangat "FAQIH" iaitu MEMAHAMI DENGAN SANGAT MENDALAM SETIAP LAFAZ AYAT AL QURAN DAN HADIS baik yg tersurat mahupun yang tersirat. Sehingga hukum hakam yang mereka ijtihadkan tidak akan tersasar dari sempadan yg digariskan oleh KESEMUA AYAT AL QURAN & HADIS RASUL tersebut. Maka wajarlah jika mereka mendapat satu pahala walaupun tersalah memilih hukum yg kurang Allah sukai.
Disebabkan taraf mujtahid ini sangat tinggi, tidak hairanlah mengapa para ulamak atau ahli hadis lain seperti al-Munziri, ibn al-Solah, al Bukhari yg hafaz lebih sejuta hadis, ibn Hibban, al Nasa'ie, al Tirmidhi, ibn al Jauzi dsg TIDAK PUN tersenarai sebagai MUJTAHID. Kerana taraf mujtahid ini hanya diberikan kepada tokoh ulamak terhebat yg diperakukan ilmunya oleh para ulamak besar.
Ini dapat difahami dgn jelas kerana walaupun kita misalnya hafaz seluruh al-quran dan hafaz 20 ribu hadis sahih, belum tentu kita benar2 menguasai kehendak Allah dalam setiap ayat dan hadis nabi yang kita hafaz itu. Apatah lagi nas yg belum dihafaz.
Jadi, menyedari kelemahan ketara berbanding para mujtahid ini, tidak hairanlah mengapa ahli hadis yg diiktiraf seperti imam nawawi, al-hafiz ibn hajar al-asqalani, al-hafiz al-suyuthi dsg tidak bermazhab sendiri malah mereka memilih untuk bermazhab syafie. Al-hafiz Ibn kathir pula bermazhab hanbali dsg. Malah dalam kitab-kitab imam nawawi spt Raudhah, al-Majmu', Syarah Muslim dsg, banyak kita dapati imam nawawi berkata
"WA MAZHABUNA....." yang bermaksud "DAN PENDAPAT MAZHAB KAMI IALAH"....

Jadi timbul persoalan kpd saudara Muhd Iskandar,
1. Adakah ahli hadis spt imam nawawi ini SALAH dgn kata2nya "wa mazhabuna" itu? Atau CARA BERFIKIRNYA TIDAK BETUL? Atau beliau FANATIK MAZHAB?
Jika benarlah imam nawawi silap, sangatlah dialu-alukan agar saudara kemukakan bukti kesilapan imam ahli hadis itu. Kerana bukan setakat saya, malah ulamak seluruh dunia pun akan tertunggu-tunggu penemuan baru saudara itu.

2. Sdr. katakan setiap mazhab ada kelebihan & kelemahan. Kebenaran mutlak berada pada mazhab yg mengikut nabi.
Oleh itu, mohon saudara berikan kemungkinan MENGAPA ahli hadis seperti nawawi, ibn hajar, al suyuthi di atas mengikut MAZHAB SYAFIE?
Adakah kerana KEDANGKALAN ILMU HADIS mereka menyebabkan mereka REDHA menjadi pengikut mazhab syafie yg kononnya mazhab itu dikatakan 'seolah2 kurang mengikut nabi/ ada kelemahan / ada yg bertentangan dgn hadis sahih'.
Atau sebab apakah yg menyebabkan mereka redha malah mendokongnya....

3. Mohon juga saudara kemukakan juga ijtihad imam syafie atau ahli mazhabnya yg menyimpulkan hukum menggunakan hadis dhaif. Ini kerana imam syafie digelar "NASIB AL-SUNNAH" iaitu pendokong sunnah. Gelaran pendokong sunnah ini tentu shj diberikan kpd seorg "ahli hadis".
Saya pinjam kata-kata murid imam syafie iaitu imam ahmad bin hanbal (pengasas mazhab hanbali) tentang gurunya dlm Muqaddimah al- Risalah
لو ﻻ الشافعي ما عرفنا فقه الحديث
Maksud : Kalau tidaklah kerana al syafie, tidaklah kita semua mengetahui fiqh yg terdapat dlm hadis.
Demikian lagi kata imam muhammad bin hasan (sahabat imam abu hanifah) dlm Muqaddimah syarah muhazzab,
إن تكلم أهل الحديث يوما فبلسان الشافعي
Maksudnya : Kalau ahli hadis berbicara ttg hadis pada hari ini, maka mereka seolah2 sedang berbicara dgn lidah al syafie.
Tidak hairanlah apabila Dr.Maza pun pernah menyebut al syafie sbg ahli hadis dlm satu kuliah beliau di youtube.
Dalam masalah ini, bukan tidak ada imam mazhab yg cenderung menggunakan hadis dhaif berbanding qawl rijal dlm penyimpulan hukum hakam. Terutama jika tiada nas sahih dlm sesuatu masalah. Namun itu mazhab imam ahmad bin hanbal/mazhab hanbali. Ibn Taimiyyah, Ibn Kathir, Muhammad Abd Wahhab & s. Bin Baz antara yg bermazhab dgn mazhab Imam Ahmad... Mazhab Hanbali.

4. Mohon juga saudara kemukakan rujukan terhadap "fatwa" saudara tentang "boleh membaca doa bahasa lain tetapi jangan sampai ganggu orang lain"
Walaupun isu ganggu org lain tidaklah perlu termasuk dlm jwpn kerana jika kita bercakap dalam bahasa apa sekalipun, kita tdklah wajar sampai mengganggu orang lain. Oleh itu,
- Mohon saudara kemukakan dalil "fatwa" itu.
- Juga "fatwa" itu daripada tafsiran hadis ulamak mujtahid yg mana.
Maksud saya tafsiran yg ada nilai ilmiah, bukan tafsiran ayat & hadis mengikut FAHAMAN SENDIRI. Supaya mudah kita melihat mana pendapat yg kuat & mana pendapat yg lemah utk kita ikuti.
Bukannya apa, dalam al quran terjemahan bahasa indonesia terbitan arab saudi, hadiah khadim al haramain kpd jemaah haji, dalam catatan nota kakinya tentang maksud "al kursiy" (ayat 255 al baqarah) ada dicatatkan kononnya maksud al kursiy ialah :
"....Pendapat paling sahih makna al kursiy ialah tempat LETAK TELAPAK kaki-Nya"...
Pendapat apakah ini???? Dengan selamba ada pula muslim yg sanggup menulis pendapat PALING SAHIH dalam agama hampir2 menyamakan Allah dgn tuhan patung hindu yg bertangan dan berkaki . MasyaAllah.
Jadi, disebabkan aliran tidak bermazhab ini berpusat di saudi, ada baiknya kita semua berhati-hati dan tahu sumber sahih bagi segala "fatwa".

5. Saudara katakan zaman imam syafie ialah "zaman keemasan usul fiqh (buat hukum)". Pengumpulan hadis sahih tidak berlaku lagi pada zaman itu.
Konklusinya : Disebabkan pengumpulan hadis sahih belum berlaku kerana keterbatasan zaman, ia mungkin menjadi faktor ada pendapat mazhab syafie yg mungkin bertentangan dgn hadis sahih.
Hakikatnya Imam syafie telah menulis kitab al-Risalah & menyusun ilmu usul fiqh di dalamnya. Beliau digelar BAPA USUL FIQH.
Persoalannya, usul fiqh ialah kaedah pengambilan hukum termasuk kaedah fiqh. Kaedah2 ini diambil daripada hasil kefahaman terhadap SELURUH ayat al quran & hadis dan bukan terbatas hanya kpd sebahagian hadis shj.
Oleh itu,
- Mohon saudara Muhd Iskandar senaraikan apa-apa kaedah usul fiqh yang sepakat ulamak memansukhkannya kerana kaedah itu terbukti salah dengan terjumpanya HADIS SAHIH YANG BARU SELEPAS zaman pembukuan itu.
Ini kerana saudara katakan pd waktu itu hadis sahih blm dikumpulkan. Ini sekaligus menggambarkan seolah2nya ramai ulamak tabien & tabi' tabien yg telah tersasar dari kebenaran kerana TIDAK SAMPAI KEPADA MEREKA KESELURUHAN hadis. Malah mana hadis yg sahih & mana yg tidak pun seolah2nya masih menjadi pertikaian dlm kalangan mereka. Sekira-kira ilmu orang-orang salaf itu sepertinya ilmu kita di zaman ini sahaja.
Saya menyoalnya kerana kalau setakat yg saya tahu, para mujtahid dan fuqahak itu dengan segala kebijaksanaan mereka telahpun berjaya mencipta satu disiplin ilmu usul fiqh yg sangat mantap berdasarkan ayat quran & sunnah.
Antaranya sumber kedua pengambilan hukum Islam ialah "al Sunnah, qawlan wa fi'lan wa taqriran.." iaitu sunnah rasul samada perkataan, perbuatan dan taqrir baginda"
dan kaedah fiqh "Al tarku la yaqtadi al tahrim".
Yg bermksud "apa yg nabi tinggalkan tidaklah membawa maksud perbuatan itu haram".
Cuma entah apa mimpinya, muncul pula satu kumpulan di akhir zaman yg tidak suka bermazhab. Mereka membuat ubahsuai terhadap kaedah usul fiqh asal sehingga menghasilkan versi baru yg sesuai dengan fahaman mereka. Kaedah barunya mencatatkan sumber kedua pengambilan hukum ialah "as sunnah, qawlan wa fi'lan wa tarkan"
yg bermaksud "sunnah rasul sama ada perkataan baginda, perbuatan atau APA YG BAGINDA TINGGALKAN" .

Entah dari mana sandarannya. Kaedah ini kelihatannya bertentangan dengan ayat al quran dan hadis yg hanya menyuruh kita MEMBUAT APA YG DISURUH & MENINGGALKAN APA YG DILARANG.
Hadis muslim dlm bab fada'il jelas menyebutnya
كَانَ أَبُو هُرَيْرَةَ يُحَدِّثُ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوهُ وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَافْعَلُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ فَإِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ كَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ وَاخْتِلَافُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ
Maksudnya : Abu Hurairah bercerita bahwa dia mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Apa yang telah AKU LARANG untukmu maka jauhilah. Dan apa yang KUPERINTAHKAN kepadamu, maka kerjakanlah dengan sekuat tenaga kalian. Sesungguhnya umat sebelum kalian binasa karena mereka banyak tanya, dan sering berselisih dengan para Nabi mereka."

Disebabkan kaedah baru yg dicipta ini menyalahi kaedah usul fiqh yg telah lama diperakukan oleh para ulamak islam zaman berzaman, ia akhirnya menyebabkan ramai umat Islam tersilap cara dalam memahami agama. Mereka merasakan tafsiran ulamak mujtahid lah yg salah/lemah.
Sehingga mereka melaungkan slogan "hanya fanatik terhadap Allah dan rasul", "kembali lah kpd al quran & sunnah yg sebenar" dsg.

Tanpa mereka sedari bahawa sesungguhnya merekalah yg sebenarnya sedang mentafsirkan ayat dan hadis sesuka hati mengikut kefahaman mereka yg sangat cetek. Kemudian, dengan mencopy sedikit dalil dan terjemahannya, mereka mendakwa tafsiran merekalah yang tepat berdasarkan al quran & sunnah dan menuduh pandangan mazhab ada kekurangan.
Sungguh ajaib bagaimana umat akhir zaman boleh setaraf ilmunya dengan para mujtahid sedangkan ahli-ahli hadis pun mengikut mazhab mujtahid.
Hanyasanya kalaulah kita boleh cuba merendah diri berfikir sejenak untuk menilai kebenaran...



Abu Khaleel Al-Muslim Maaf baru perasan posting saudara, saya paste balik jawapan saya tentang syubhat yang ditimbulkan saudara berkenaan al Kursiy.

Berbalik pada persoalan al-Kursiy sebagai 'tempat letak kaki Allah' spt yg ditimbulkan saudara dan menyamakannya dengan patung hindu, nasihat saya, Ittaqullah wahai saudara. Ittaqullah wal yauwil akhir.

Sebenarnya seawal zaman salaf lagi ada yang menafsirkan al Kursiy tu sebagai tempat letak kaki Allah, seperti Ibn Abbas radhiyallahu anhu, Al-Hakim meriwayatkan dalam al-Mustadrak dari Ibn Abbas berkata:

الكرسي موضع قدميه
Al-Kursi adalah tempat letak kedua-dua kaki-Nya.

Kemudian al-hakim menyebutkan bahawa Hadith ini sahih berdasarkan syarat al-Bukhari dan Muslim. Kenyataan Al-Hakim ini dipersetujui oleh al-Zahabi.

Hadith yang sama juga diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir

Meskipun terdapat atsar lain dari Ibn Abbas yang metafsirkan kursi sebagai ilmu sebagaimana diriwayatkan oleh al-Tabari dalam tafsirnya melalui jalan Jaafar Bin Abi Mughirah, riwayat al-Hakim berdasarkan syarat al-Bukhari dan Muslim ini lebih kuat.

Kata Abu Mansur al-Azhari:
والصحيح عن ابن عباس ما رواه عمار الدهنى ، عن مسلم البطين ، عن سعيد بن جبير ، عن ابن عباس أنه قال : "الكرسي موضع القدمين ، وأما العرش فإنه لا يقدر قدره . قال : وهذه رواية اتفق أهل العلم على صحتها . قال : ومن روى عنه في الكرسي أنه العلم ، فقد أبطل" ، وهذا هو قول أهل الحق إن شاء الله .(تحقيق أحمد شاكر)
Yang sahih dari Ibn Abbas adalah yang diriwayatkan Ammar al-Duhni dari Muslim al-Batin dari Said Bin Jubair dari Ibn Abbas :"KUrsi adalah tempat letak dua tapak kaki, adapun Arash ia tidak terukur ukurannya". Telah bersepakat ahli ilmu keatas kesahihan riwayat ini. Dan sesiapa yang meriwayatkan dari (Ibn Abbas) al-Kursi beerti ilmu maka ia (pandangan yang) terbatal. Inilah perkataan ahli haq in sya Allah.(tahqiq Ahmad Syakir keatas tafsir al-Tabari)

Jika menurut komen Saudara, Ibn Abbas adalah mujassimah dan sama seperti penganut hindu. Maazallah. Satu lagi, para salaf tak pernah membayangkan kaki Allah bagaimana, cuma kelompok yg takut tasybih sahaja yang kadangkala over dalam hal ni.

Nasihat saya, berhati-hati dalam komen. Jangan dituduh akan barang yang belum kita pasti. Ittaqullah ya akhi.
Abu Khaleel Al-Muslim Berkenaan saudara Mohd Iskandar, saya menafikan ayat tuan yang mengatakan beliau adalah sahabat saya, bhkan saya tidak mengenalinya.
Abdullah Khairi Oh maafkan saya.... Sahabat di situ bukanlah mksud saya saudara mesti mengenalinya. Saya pun tidak tahu siapa bersahabat dgn siapa dlm group ni. Cuma apabila dlm satu group, fikrah sama pula, biasanya panggilan umumnya tentulah sahabat.

Maafkan saya jika saudara tidak selesa dgn panggilan itu.
Abdullah Khairi JazakaAllah Abu Khaleel Al-Muslim atas komen saudara...

1. Stick to the topic. Bukan buat karangan di sini...
Jwpn saya :
Saya admin saudara. Admin bermakna tuan rumah. Justeru, saya berhak menulis jika melihat kaum muda bermaharajalela menyebarkan fatwa mereka. Biasanya, bunyi teguran itu daripada tuan rumah kpd tetamu bukan sebaliknya. Tapi tidak mengapa.

Ketika itu saya belum berhasrat menjawab soalan tersebut kerana berpndgn ramai yg boleh menjawabnya. Tetapi melihatkan kaum muda ini sambil menjawab soalan sambil menyebarkan dakyah seolah2 mazhab syafie ada yg menyalahi nas sahih, terpaksalah saya menulis.

Kalaulah saudara tuan rumahnya, takkanlah wajar saudara biarkan shj tetamu berlagak tuan rumah dan menyuruh perkara yg pd pndgn saudara tidak sesuai.

Dari aspek panjang, sebagai tetamu pun saudara terpaksa membalas panjang juga bila melihat "seolah2 sy menuduh ibn abbas sbg mujassimah". Itu baru satu isu yg saudara jawab.

Lagipun "panjang" itu kan standard bagi org berbincang.
Cuma kalau saudara tidak mahu membacanya, tidak mengapa. Tiada paksaan di sini.

2. Isu Allah ada tempat letak kaki...

i. Saudara katakan riwayat ibn abbas ada dua.
Pertama : al kursiy adalah tmpt letak kaki Allah. Ini lebih kuat.
Kedua : Ilmu

Soalan saya :
i. Siapalah agaknya mujtahid & ahli hadis yg menyokong kenyataan bhw qawl ibn abbas yg pertama itu LEBIH KUAT?

Kalau saudara boleh berikan RUJUKANNYA tentu ia lbh bernilai ilmiah. Jika seperti di atas shj, tentulah tidak kukuh.

Maklum sahajalah, qawl yg pertama itu mirip mujassimah. Dan tidak dapat dinafikan bhw kemungkinan perawi adil yg meriwayatkannya itu telah tersilap menukilkannya. Apatah lagi apabila faktanya bertentangan dengan ayat
ليس كمثله شيئ

Maksudnya : ..Allah itu TIDAK MENYERUPAI SUATU APA PUN...

Disebabkan metode sahabat dalam memahami sifat khabariyyah ialah tafwid ba'da TANZIHHI iaitu menyerahkan maknanya kpd Allah SELEPAS MENYUCIKAN ALLAH DARIPADA SEGALA SIFAT YG TIDAK LAYAK bagi-Nya, jadi tentulah kita perlukan sandaran ulamak muktabar yg ramai terhadap apa-apa shj qawl yg bercanggah.

Timbul pula persoalan :

ii. Adakah menjadi DASAR manhaj tafkir tajdid ini akan MENYOKONG QAWL SAHABI WALAUPUN IA BERTENTANGAN DENGAN AYAT AL-QURAN & HADIS?

Kerana setahu saya, manhaj para sahabat tidak begitu. Mereka sentiasa mendahulukan al quran dan hadis.

Dalam kes tanah fadak misalnya, Abu Bakr terpaksa menolak permintaan S Fatimah kerana hadis yg ada menunjukkan rasul telah mentakhsiskan para nabi tdk mewariskan harta. Justeru permintaan Fatimah terpaksa ditolak oleh Abu Bakar kerana tidak bertepatan dgn nas hadis.

Jadi, apabila tafsiran ibn abbas jelas bertentangan dgn ayat al-quran, justifikasi apa yg digunapakai oleh manhaj saudara untuk HANYA MENERIMA SALAH SATU DRPD QAWL IBN ABBAS DALAM KEADAAN QAWL ITU MENYALAHI NAS AL-QURAN?

Bukankah slogan manhaj saudara "kita hanya boleh fanatik kepada AL-QURAN & HADIS?

Dan kelihatannya dasar manhaj saudara ini agak BERTENTANGAN dgn kaedah bagaimana manhaj saudara boleh mencapai konklusi "Allah ada tempat letak kaki"

Alangkah baiknya kalau saudara dapat memberi penjelasan.
Abdullah Khairi 3. Berkenaan hujah saudara ttg kata2 abu mansur al azhari bhw yg sahih dari ibn abbas adalah qawl pertama.

Seperti kebanyakan buku manhaj saudara termasuk buku-buku fatwanya, kata2 abu mansur di atas juga menggunakan kaedah yg sama untuk meyakinkan pembaca iaitu
"Telah SEPAKAT AHLI ILMU ke atas kesahihan riwayat ini. Dan sesiapa yg MERIWAYATKAN dari ibn abbas al-kursiy bererti ILMU, maka IA TERBATAL.

* Ulasan saya :
Disebabkan beliau tidak menyenaraikan rujukan & sahabat, mujtahid, ahli hadis yg dikatakannya "SEPAKAT AHLI ILMU" itu, sekali lagi saya ULANG SOALAN saya dlm isu 2 iaitu soalan i & ii.

dan Soalan tambahan saya :

iii. Bagaimana abu mansur DENGAN MUDAHNYA BOLEH MENOLAK athar sahabi ibn abbas yg mentafsirkan ayat kursi sebagai ilmu TANPA SEBAB YANG JELAS? Malah beliau dengan berani menghukumkan pndgn ibn abbas itu TERBATAL?

Ini kerana dalam kitab manhaj saudara, dicatatkan sumber pengambilan hukum yg kelima ialah QAWL AL-SAHABI. Bagaimana pembatalan boleh dilakukan semudah itu? Atas dasar apa ia BOLEH TERBATAL
atau DIBATALKAN?

Adakah kerana athar itu tidak memihak kepada pendapat tafkir tajdid sehingga ia dianggap TERBATAL begitu sahaja?

Adakah keadaan ini SAMA sebagaimana al-albani sanggup menyalahi ijmak dan qawl sahabi yg tidak berpihak kpd pendapatnya dan terus menyokong qawl ibn mas'ud dalam isu lafaz salam kpd rasul dlm tasyahhud slps baginda wafat?

4. Saudara katakan komen saya itu sepertinya ibn abbas adalah golongan mujassimah dan sama dengan penganut hindu.

Saudara tentu tahu bukan bhw dasar manhaj ASWJ tidak akan sekali-kali menuduh muslim lain sesat/ mujassim dsg tanpa bukti. Kalaupun ungkapan yg diucapkan oleh seseorang itu sesat, pasti kami akan fokus kpd UNGKAPAN YG SESAT ITU.

Ini sangat berbeza dgn manhaj saudara yg biasanya mudah2 menuduh orang yg tidak sehaluan, yg walaupun dalam perkara furu' sebagai AHLI BID'AH. Perkataan AHLI BID'AH ini banyak dalam buku-buku manhaj saudara sepanjang yg saya baca.

Lihat sahaja contoh bagaimana para ulamak ASWJ menyikapi ibn taimiyyah. Ibn taimiyyah pernah mengungkapkan ungkapan "alam ini qadim" sebagaimana tercatat dlm kitabnya al-minhaj & al-muwafaqah.

Apa yg berlaku, imam ASWJ al-muhaddith Badruddin al-Zarkasyi, dalam kitab Tasynif al-Masami' telah mencatatkan bhw "muslimin sepakat bhw ungkapan itu boleh membawa kufur -bid'ah kufriyyah".

Demikian lagi disebut oleh ibn hajar al asqalani dlm al-durur al-kaminah jld.1, ibn taimiyyah telah MENYALAHKAN s. Ali
(انحرافه عن علي).

Ibn taimiyyah menyalahkan s. Ali dlm 17 tempat dan perbuatan ini menyalahi nas al quran dan sunnah. Antaranya, beliau menuduh Ali "berperang untuk mendapatkan kuasa dan bukan utk agama"
وإنما قاتل للرياسة ﻻ للديانة
dsg.

Kenyataan2 ibn taimiyyah ini mendorong sebahagian ulamak menuduh ibn taimiyyah bersifat nifaq berdasarkan hadis sahih Muslim bhw Nabi bersabda kpd s. Ali..
ﻻ يحبك إﻻ مؤمن وﻻ يبغضك إﻻ منافق

Maksudnya : "Tidaklah seseorg itu menyukaimu kecuali dia seorang mukmin dan tidaklah seseorg yg membencimu kecuali dia seorang munafiq".

Walaupun begitu sekali komentar ulamak terhadap ibn taimiyyah kerana kenyataan2 beliau, TIDAK PULA ULAMAK ASWJ menuduhnya KAFIR, MUJASSIM ATAU memasukkannya dalam golongan KUMPULAN SESAT, KAFIR atau MUJASSIMAH. Saya tidak menjumpai nama ibn taimiyyah dalam senarai kumpulan2 sesat.

* Justeru, agak keterlaluan jika dikatakan saya menuduh ibn abbas itu mujassimah. Jika benar saudara cintakan kebenaran & bertaqwa kpd Allah, marilah kita sama2 mengelakkan diri drpd MEMANIPULASI hujah dalam berbincang. Saya hanya fokus kpd ungkapan itu yg memang berbau tajsim dan menyalahi ayat quran
ليس كمثله شيئ.
Abdullah Khairi 5. Saudara katakan...Salaf tidak pernah membayangkan kaki Allah bgmn, cuma kelompok takut tasybih shj yg kdg kala over dlm hal ini.

Soalan saya :
i. Kelompok zaman berzaman yg dikatakan kononnya takut tasybih itukah yg beriman dgn ayat
ليس كمثله شيئ

Atau kelompok kecil yg beriman bahawa "tangan Allah itu ada dua", "dua tangan Allah itu kanan", "Allah bertempat di langit", "Allah bersemayam di atas 'arasyh" dsg itukah yang sebenarnya telah tersilap memahami kehendak ayat di atas?

Tersilap sehingga mencipta kaedah caca merba bhw ayat mutashabihat TIDAK BOLEH ditakwil tetapi dalam masa yg sama TERPAKSA PULA MENTAKWIL ayat
أينما تولوا فثم وجه الله

Maksudnya : Di mana sahaja kamu menghadapkan wajahmu, kamu akan mendapati wajah Allah.

Takwil semata-semata utk menyokong pendapat "Allah meninggi di langit".

Jadi, siapa yg over sebenarnya saudaraku?

6. JazakaAllah khayra al-jazak saudara atas nasihat supaya berhati-berhati dalam komen. Setakat ini saya berhati-hati, insyaAllah.

Oleh itu, saya tidak sedikit pun menarik semula apa-apa kenyataan saya dalam komen sblm ini kerana saya telah menelitinya dan mendapati ianya wajar dan ada sandarannya. Saya hanya mohon jawapan balas dengan hujah konkrit jika saudara tidak penat membaca karangan pnjang.

7. Tentang nasihat supaya bertaqwa kpd Allah....ya saya terima dengan sepenuh hati. Jazakallahu khayran kathiran sy ucapkan. Dengan iringan doa semoga setiap kita bertaqwa kepada Allah.

Cuma, ingin juga saya ceritakan sedikit bagaimana kami dahulu agak HAIRAN juga mengapa apabila kita membentangkan sesuatu yg BENAR berdasarkan ilmu, tiba-tiba ada sahabat manhaj saudara menyuruh kita bertaqwa.

Akhirnya selepas membaca hadis bukha ri muslim, KEHAIRANAN ITU TIBA-TIBA HILANG. Hilang kerana baru kami ketahui bhw RASULULLAH SAW PUN PERNAH DISURUH BERTAQWA sehingga rasul terkejut dan para sahabat tidak senang mendengarnya.

Peristiwa itu berlaku ketika rasul membahagikan harta emas kiriman Ali dari Yaman kpd orang-orang dari NEJD. Rasul memberinya kpd mereka dgn harapan supaya hati mereka lembut.

Ketika pembahagian itu, datanglah seorang lelaki MENYURUH BAGINDA BERTAQWA dalam urusan pembahagian harta tersebut. Setelah lelaki itu pergi, rasul bersabda :

"Sesungguhnya dari asal orang ini atau di belakang orang ini (keturunan) akan ada satu kaum yang mereka membaca al-Qur'an namun tidak sampai ke tenggorokan mereka. Mereka keluar dari agama bagaikan keluarnya anak panah dari busurnya dan mereka membunuh pemeluk Islam dan membiarkan para penyembah berhala. Seandainya aku bertemu dengan mereka pasti aku akan bunuh mereka sebagaimana kaum "Ad dibantai".

* Pengasas Dakwah Wahhabiyyah berasal dari Nejd. Saya kira tentulah pendokongnya akan melakukan perkara yang sama juga.

Saya dgn kenyataan ini TIDAK SEKALI-KALI MENUDUH saudara adalah dari golongan orang yang menyuruh Rasul bertaqwa itu ya. HARAP MAKLUM. Cuma kebetulan, ia sepertinya sama :

1. Apabila orang yang benar disuruh bertaqwa.

2. Apabila sentiasa menggunakan ayat quran & hadis tetapi mentafsirnya dgn tafsiran yg bukan berasaskan kefahaman mujtahid.
Malah melaungkan slogan "fanatik hanya kpd al-quran & sunnah" & "kembali kpd sunnah" yg seolah2 membayangkan ulamak zaman berzaman telah tersasar kerana tdk mengikut sunnah secara sepenuhnya.

3. Cenderung menganggap muslim yg tidak sependapat sbg ahli bid'ah. Sehingga muhd abd wahhab & kluarga saud sanggup melakukan pemberontakan terhadap khilafah uthmaniah untuk mengambil alih mekah. Saudara tahu bukan bhw ramai muslim dibunuh di mekah, madinah & taif ketika mereka merampas mekah. Dlm masa yg sama, mereka berkawan juga dgn org barat untuk tujuan itu.

Akhir zaman, apabila salafi jihadi mula mengganas utk membentuk daulah, berlaku lg pembunuhan muslim dan musnah lg kubur ulamak sehingga perbuatan itu dikecam oleh ulamak azhar dll.

Perbuatan membunuh dgn membakar hidup2 pun DISOKONG oleh kump manhaj saudara di malaysia ini. Mereka berhujah dgn athar sahabi dalam fiqh sunnah sayyid sabiq.

Justeru, kelihatannya perkara yg disabdakan oleh rasul dlm hadis itu KEBETULAN HAMPIR SAMA dgn apa yg sedang berlaku dlm manhaj saudara. HAMPIR SAMA DI SINI TIDAKLAH bermaksud saya menuduh saudara pun beriktikad darah muslim yg bertawassul dan beristighathah seperti saya itu halal.

Dan kalau taqdirnya ada salafi jihadi yg menyerang rumah dan ingin membunuh saya, doa saya mudah2an ketika itu saya TIDAK AKAN CUBA UNTUK MEMBUNUH kembali saudara muslim saya itu. Semata-mata kerana beramal dgn sunnah bhw darah muslim itu haram selagi dia masih mengucap 2 kalimah syahadah.

Wallahu a'lam.

Abu Khaleel Al-Muslim Kadangkala ada petbincangan yg hanya dpt difahami oleh ahlinya shj.

InshaAllah saya cuba reply jika ada kelapangan. Skrg saya kiv dulu

No comments:

Post a Comment