Monday 7 December 2015

Pendapat Kaum Muda...


Saya ingin memberi sedikit jawapan pada persoalan yang dinyatakan oleh Abu Khaleel Al-Muslim berkenaan postnya di bawah post Norma Bakar.... dengan katanya...
"Tidak semestinya pendapat kaum muda perlu ditolak, dan tidak semestinya pendapat kaum tua perlu ditentang. Hormat menghormati atas landasan ilmu yg lebih penting. Dlm masa sama elakkan taksub.
Jujur saya nyatakan saya lebih cenderung kearah kaum muda, namun tidaklah pula saya secara melulu berkata sembarang. Ambil dahulu masa utk hadam ilmu dan hikmah, tugas kita memberi penyelesaian pada ummat, bukan meniupkan perselisihan.
Jika sesiapa yg lama dlm group ni, akan perasan bhw segala persoalan digalakkan dijawab menurut pandangan mazhab syafie, namun dlm masa sama menghormati pandangan mazhab lain.
Adapun isu talfiq dan menyeru kepada tidak brmazhab, itu tak perlu ditimbulkan krn sebenarnya dlm byk perkara kita 'lari' drp pegangan mazhab asy Syafie, cthnya dlm isu zakat menggunakan wang dan juga urusan haji.
Wallahu a'lam."



JAWAPAN SAYA :
1. Perenggan pertama saudara itu benar belaka. Hormat menghormati & tidak taasub. Itulah sebaik-baik ucapan.
Cuma masalahnya.......... etika kaum muda BIASANYA TIDAK BEGITU.
Sebagai orang aliran agama, kita memang mempelajari fiqh muqaran. Justeru, tidak ada faktor usul langsung yang mendorong kpd pertikaian sesama muslim. Kerana perbezaan mazhab lahir drpd ijtihad ilmuan yg benar-benar diperaku.
Kalau pertikaian pun tidak ada, apatah lagi utk taasub. Asasnya, jika pandangan mazhab dapat diterima dengan RENDAH HATI, secara automatik insyaAllah kita tidak akan taasub.
Ketidaktassuban ini jelas di seluruh dunia Islam semenjak dahulu lagi. Sebagai contoh, Mekah dahulu mempunyai 4 org mufti. Seorg mufti bg setiap mazhab. Mufti mazhab syafie ialah s. Ahmad Zaini Dahlan.
Apabila pengikut mana-mana mazhab menghadapi masalah di sana, mereka akan mengambil fatwa daripada mufti mazhab mereka. Tidak pernah pula umat islam keempat-empat mazhab ini bertelingkah di Mekah. Tiada catatan lagi yg saya baca. Yg ada hanya soalan2 yg ditujukan kpd pihak mufti.
Tidak juga pengikut pelbagai mazhab ini taasub dengan mazhab mereka. Mungkin kerana mereka sedar bahawa mujtahid memang layak mentafsir quran & hadis mengikut ilmu mereka. Jadi mereka dapat menerimanya dgn rasional. Inilah namanya keharmonian & toleransi sebenar saudara.
Cuma malangnya, apabila gerakan kaum muda menerajui Mekah, toleransi itu kelihatannya hilang. Hanya aliran kaum muda shj yg terpakai selepas itu di Mekah. Mengapa agaknya sampai begitu sekali saudara?
Memakai nama Gerakan al-Muwahhidun pada awalnya, kemudian al-Wahhabiyyah (lihat kitab al-Dakwah al-Wahhabiyyah wa atharuha... krgn seorang pengikut kaum muda Dr. Muhammad Kamal Zohir), kmdn mereka ingin lebih dikenali dgn nama salafi, mereka inilah yg meneraju Mekah...
Tidak cukup di Mekah shj rupanya, ajaran ini tersebar di nusantara. Situasi di Perlis shj sudah cukup menyedihkan. Isu lafaz niat sblm solat fardu yg merupakan khilaf mazhab pun menjadi pertikaian. Bid'ah katanya.
Begitu sekali diperlekehkannya pendapat mujtahid. Kadang kala dilekeh dalam situasi yg bercampur bangga. Mungkin kerana berjaya "MENGESAN KESILAPAN MUJTAHID DAN MEMBETULKANNYA".
Dalam situasi ini, SIAPAKAH YANG MENOLAK PENDAPAT MAZHAB saudara?
Dan SIAPA PULA YANG TAASUB sebenarnya?
Malah SIAPA PULA YG TIDAK HORMAT MENGHORMATI ATAS DASAR ILMU?
Adakah kami ATAU kaum muda yang LEBIH WAJAR menginsafi perenggan pertama tulisan saudara itu?
Lihat sahaja sebahagian video kaum muda, pasti didapati elemen tidak menghormati pandgn mazhab, menolaknya mentah-mentah malah ada yg menuduh pendapat itu tidak menurut nas sahih. Saudara biasa melihat video begitu bukan.
Malah dalam satu video, kaum muda menyalahkan kaum tua yg menyekat penceramah mereka menyampaikan ceramah di suatu tempat.
Persoalannya, jika penceramah kaum muda itu tidak menghormati pandgn mazhab dlm ceramahnya malah lantang membawa tafsiran alquran hadis mengikut pandgn puaknya yg dirasakannya sangat benar itu, tidak wajarkah kita menyekatnya?
Umpama jika palestin cuba menyekat kemaraan/ kerosakan oleh tentera israel, adakah palestin wajar dituduh bersalah & melampau?
Samalah keadaannya jika sesebuah negeri ingin menyekat golongan yg ingin menyebarkan fahaman kaum dalam keadaan memperlekeh pandgn mazhab, adakah negeri yg menyekat itu layak dipanggil terrorist?
Tentulah yg memanggil terrotist itu jenis mereka yg tidak berfikiran lurus.
Kalaulah selepas ini kita semua dpt beramal dgn nasihat saudara itu, tentulah kita akan menjadi DAMAI SEPERTI DULU.
2. Kalaulah saudara cenderung dgn kaum muda, saya juga telah lama cenderung dengannya ketika saya masih belajar. Standard lah bagi mereka yg sayang pd agamanya, siapa pun pasti terpukau dengan slogan "Kembali kpd al-Quran & Sunnah".
Kalau saudara meminta saya mengambil masa menghadam ilmu & hikmah pula, saya memang sedia membaca buku-buku manhaj saudara krn telah saya katakan bhw saya memang cenderung dahulunya.
Setakat fatawa aqidah s. Uthaymin, al Hawi - al albani, fatawa al aqidah lajnah buhuth daimah suudiyyah oleh s.bin baz et.al, al-ibda' fi mudar al ibtida' oleh ali mahfuz, al ubudiyyah oleh ibn taimiyyah dan byk lagilah..memang alhamdululillah sedia berada dlm koleksi saya & saya membacanya.
3. Ya, tugas kita memberi penyelesaian, bukan meniupkan perselisihan. JazakaAllahu atas ingatan saudara itu. Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat kpd org mukmin.
Secara jujur, siapakah hakikatnya yg meniupkan perselisihan selama ini saudara?
Kaum tua yg membaca yasin berjemaah setiap malam jumaat itukah atau kaum muda yang selalu MENGHINA, MEMPERLEKEH & MENGHUKUM bacaan itu sebagai bid'ah dan menuduh pembacanya ialah AHLI BID'AH?
Sedangkan ibn hajar al asqalani dlm fath pun membuat konklusi yg sekira-kira bermaksud "adalah sesuatu yg MASYRU' utk menetapkan amalan tertentu pada hari tertentu sebagai rutin".
Malah dalam fatwa buhuth daimah pun bacaan quran berjemaah tidak dicop sebagai bid'ah sesat.
Jadi siapakah sebenarnya yang LEBIH WAJAR DIPERINGATKAN AGAR MENGAMBIL DAHULU MASA UNTUK MENGHADAM ILMU & HIKMAH SAUDARA?
Kaum muda yg terlalu cepat menghukum tanpa ilmu sebenar itukah atau kaum tua yg terkebil-kebil apabila dipersalahkan begitu?
4. Isu kaedah menjawab dlm group ini mendahulukan mazhab syafie, memanglah begitu saudara. Kalimah itu benar.
Namun, jika saudara ikhlas berbicara, cubalah scroll semula jwpn2 yg byk itu. Dan dengan hati yg tidak bias, nilakanlah jawapan serta dakyah yang cuba dibawa oleh sahabat-sahabat manhaj saudara. Kiranya ulasan merekalah yg telah memaksa saya menulis.
5. "Adapun isu talfiq & menyeru kpd tidak bermazhab, tidak perlu kita timbulkan kerana...."
Kenapa tidak perlu ditimbulkan saudara? Bukankah itu pegangan kaum muda? Bagaimana pula kita dapat menolak perbincangan mengenainya?
Ia penting kerana isu talfiq & menyeru tdk bermazhab sebagaimana yg diimani oleh manhaj saudara itu MENGHIMPUN DI DALAMNYA DUA CIRI :
1. Mentafsir ayat al quran & hadis mengikut KEFAHAMAN SENDIRI atau KEFAHAMAN TOKOH MANHAJ SAUDARA.
2. TIDAK MENGIKTIRAF PANDANGAN mazhab yg BERTENTANGAN dgn tafsiran manhaj saudara. Lebih buruk lagi, ada yg menuduh pndgn mazhab itu MENYALAHI SUNNAH YANG SOHIH MALAH MEMBID'AHKANNYA.

Saya katakan begitu kerana manhaj saudara biasanya akan mengeluarkan hukum tertentu berdasarkan tafsiran literal hadis. Contohnya, "WAJIB SOLAT JEMAAH bagi lelaki". Khilaf dalam perkara sebegini biasanya TIDAK DITERIMA dlm manhaj saudara.
Namun, apabila ADA TOKOH dalam manhaj saudara yang BERSELISIH PENDAPAT, tiba-tiba ahli manhaj saudara mempunyai DUA PANDANGAN dan dengan PENUH KEAJAIBAN, sekonyong- konyong itu juga ahli manhaj saudara BOLEH MENERIMA KHILAF.
Contohnya apabila s.soleh fauzan & al albani berpendapat bhw "kumpulan tabligh itu bid'ah, berasal dari sufi, tdk boleh diikuti, tdk wajar mendengar dari mereka atau mengajar mereka".
Manakala pendapat s.bin baz & s. uthaymin pula berbeza. Mereka mengatakan tabligh itu baik & boleh diikuti.
Justeru, terus masalah tabligh diangkat menjadi khilaf mahmud.
Demikian juga dlm masalah kaki atau tangan yg perlu turun dahulu ketika sujud. Juga ada DUA pendapat dlm manhaj saudara.
Justeru, kedua2nya diterima dan diwarwarkan sebagai khilaf.
Jadi, bagaimanakah harus kita jelaskan persoalan ini saudara?
Tidakkah ini menunjukkan seolah-olah manhaj saudara ini :
i. Taasub kpd tokoh?
Dan... tokoh itu pula terlalu jauh dari taraf mujtahid apatah lagi maksum.
Sedangkan dalam masa yg sama kita ASWJ berpendirian bhw tidak ada masalah langsung tentang BAGAIMANA caranya kita harus turun untuk sujud. Yg sunat ialah lutut dahulu bagi mazhab syafie. Tetapi tidak melakukan yg sunat pun tidak berdosa.
Tidak ada pertikaian apa2 tentangnya. Apatah lagi memperlekeh pndgn org lain. Ini kerana kami akur semua pandgn itu ada dalilnya. Bezanya cuma, kami mengikut mujtahid & saudara mengikut tafsiran tokoh akhir zaman. Itu shj.
Justeru sekali lagi saya bertanya, siapakah sebenarnya yg taasub & tidak menghormati itu saudara? Masih kaum tua kah?
6. Bukan sedikit isu kita talfiq mazhab saudara. Banyak lagi.
Cuma, bukankah ini menunjukkan bahawa kami kaum tua ASWJ di Malaysia cukup RASIONAL, TERBUKA, HARMONI & TIDAK TAASUB dengan mazhab Syafie? Terutama apabila keadaan memerlukan?
Justeru, siapa sebenarnya yg SENGAJA menimbulkan isu bahawa kaum tua ini kononnya taasub, belum cukup hadam ilmu serta tidak menghormarti pndgn mazhab lain?
Masih kaum tua kah jawapannya saudara?
8. Isu akhir. Isi jawapan saudara di atas hampir sama dengan jawapan 2 baris m. iskandar sblm ini.
Sebetulnya, saya kerap juga menerima jawapan bentuk ini. Isi jawapannya menyeru supaya kita tidak berbalah, menghormati, ini perkara khilaf & yg senada dengannya.
Ajaibnya, saya hanya menerimanya SETIAP KALI ahli manhaj saudara GAGAL MENGEMUKAKAN JAWAPAN terhadap persoalan.
Sama ada mereka mempunyai jawapan atau tidak, tidaklah saya ketahui. Cuma ia sepertinya kisah Amru al-As ra yg terpaksa mengangkat al-Quran di hujung pedang untuk berdamai dengan tentera Ali ra ketika merasakan pasukan Muawiyah ra tidak mampu lagi memenangi peperangan Siffin.
Jujurnya, saya sangat berharap soalan-soalan saya yg banyak itu berjawab. Terutama soalan usul tentang :
1. Sandaran dalil manakah yg digunakan untuk MENGUBAH TERMA adillat al ahkam yg telah digariskan oleh mujtahid bagi sumber kedua perundangan Islam.
Asalnya berbunyi
"Sunnah, wa qawlan, wa fi'lan wa taqriran"
Diubahsuai kepada
"Sunnah, wa qawlan, wa fi'lan, wa TARKAN....
Bukannya apa saudara, saya merasakan inilah PUNCA mengapa kita berbeza. Jika kita dapat menyiasat KESAHIHAN PUNCA ini, mudah-mudahan perbalahan dalam masyarakat tidak berlarutan.
Adapun, apabila tiada jawapan, saya tertanya-tanya tentang kumpulan yg dimaksudkan dlm himpunan hadis sahih bukhari muslim : antara lafaz bukhari
.. سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ يَأْتِي فِي آخِرِ الزَّمَانِ قَوْمٌ حُدَثَاءُ الْأَسْنَانِ سُفَهَاءُ الْأَحْلَامِ يَقُولُونَ مِنْ خَيْرِ قَوْلِ الْبَرِيَّةِ يَمْرُقُونَ مِنْ الْإِسْلَامِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنْ الرَّمِيَّةِ لَا يُجَاوِزُ إِيمَانُهُمْ حَنَاجِرَهُم...
Maksudnya : ..Aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Akan datang di akhir zaman suatu kaum yang masih muda namun lemah pemahaman (kurang kekayaan intelektual). Mereka berbicara dengan ucapan manusia terbaik (mengambilnya dari Al Qur'an) namun mereka keluar dari agama bagaikan anak panah melesat keluar dari target buruan yang sudah dikenainya. Iman mereka tidak sampai ke tenggorokan mereka..."
Seperti sebelumnya, saya dengan kenyataan ini TIDAK SEKALI-SEKALI menuduh saudara berada dalam kumpulan itu.
Cuma kebetulannya mungkin sama seperti :
- Kaum muda
- Bercakap dengan sebaik-baik kalam mengunakan al quran hadis
- solat, puasa & amalan mereka seolah2 amalan kaum tua lah yg lekeh & tidak mengikut sunnah...
Tidak mengapalah. Saya tidaklah berhasrat utk memberati saudara membaca karangan panjang saya lg.
Saya mohon maaf jika ada terkasar bahasa. Jika suatu hari nanti saudara bertemu dalil sandaran TARKAN itu, bolehlah saudara kemukakan wp perlukan karangan panjang. InsyaAllah saya akan sabar membacanya.
Akhirnya, selamat membaca, menyebarkan ilmu, menyelesaikan masalah umat, mengelakkan ketaksuban dan perselisihan seterusnya menyuburkan perdamaian & keharmonian dalam dalam erti yg lebih tulus dan ikhlas kerana Allah. Semoga amalan kita semua diterima oleh Allah yg Maha Penyayang.
Salam permisi.
Wallahu a'lam.ْ

No comments:

Post a Comment