Monday 7 December 2015

Doa lembutkan hati seseorang

Salam.. Nk tny ustaz ustazah ni. De x doa utk melembutkan kan ati seseorang supaya dia blh dgr ckp kte utk wat bnd baik.. Klu ada tolong bg tau ye, surah pe utk d bce..
Comments
Ummu Najwa Cuba amalkan surah tooha ayat 1-5...bc dgn yakin niat utk melembutkan hati si pulan.
Azrin Sha'ban Ok.. Trima kasih...
Burhan Semarak Yg sy tahu,utz abdullah khairi pesan bce surah yusuf ayat 4,mase org tu tido,bce dan tiupkan kt telinga dia...tgk kt you tube,tajuknye kisah ustaz menerajang pelajarnya..utz abdullah khairi mmg best.. Yūsuf:4 - (Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". Bce aytnya dlm bahasa arab...sekian...wallahuA'lam
Norida Basran
Norida Basran Asmaliza Mat Zin: Doa ini sy sentiasa amalkan stiap hr jg utk kerukunan rumahtangga..kita sbgai hamba berusaha dan berdoa,selebihnya Allah punya kuasa.Doa ini jg sy amalkn ketika menjaga ank2 murid d prasekolah,dan seringkali dihembuskan pd makann mereka.supaya lembut hati nya setiap kali sy menegur kesilapan ank2 murid yg smakin mencabar d zmn ini.Terima ksh jg..mengingtkn ayat ke brpa dan surah ape.
Muhammad Firdaus Surah Yasin, pada setiap kali ayat yang berakhir dgn "mubin", berdoalah...ada 7 ayat yang berakhir dgn "mubin". Insha Allah.
Asmaliza Mat Zin Sama-sama Norida Basran..sekadar perkongsian ilmu..
Saif Al-Nur Tidak pernah ada. Seandainya ada doa atau ayat Quran yang mampu membuatkan seseorang dengar cakap kita, PASTILAH Rasulullah saw telah melakukan kepada Abu Lahab.

Bersabar dan berdoalah kepada Allah supaya Allah melembutkan hati kita sendiri kerana boleh jadi hati kita yang keras.

Wallahu'alam..
Roha Yunus Abu Bakar Memang rasul tidak menyuruh kita amal mana2 ayat al quran utk lembutkan hati. Tetapi para salaf yg berada di zaman nabi faham benar tujuan al quran diturunkan sebagai mukjizat sepanjang zaman. Kalam Allah yg suci itu bermukjizat sifatnya, mempunyai kekuatan tersendiri dan tidak sebanding nilainya dgn mana2 perkataan/doa manusia. Justeru itulah sahabat yg hidup di zaman rasul saw amat memahami maksud ayat2 Allah ini spt firman-Nya

(يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُم
ْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ) [Surat Yunus : 57]

Maksudnya : Wahai manusia, telah datang kepada kalian peringatan (al quran) dari Tuhanmu, ia menjadi PENYEMBUH terhadap apa yang terdapat di dalam dada (hati), menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang beriman.

Malah terdapat beberapa ayat quran lain bermaksud umum yg menyatakan antara fungsi al quran ialah sebagai penyembuh kpd pelbagai penyakit sbgmn yg biasa digunakan dlm ruqyah sihir. Sbhgiannya rasul ajarkan tetapi sebahagiannya diambil oleh sahabat berdasarkan maksud ayat.

Ini jelas berlaku kpd sahabat yg membaca al fatihah ketika mengubati ketua sebuah perkampungan...apabila rasul bertanya bagaimanakah beliau tahu ayat tersebut boleh menyembuhkan, maka sahabat menjawab
" ...فشيئ ألقي في روعي..."
menyebabkannya memilih ayat tersebut sebagai ruqyah.

Justeru apabila kita menggunakan ayat2 al quran yg bersesuaian utk merawat, ia tidaklah termasuk perkara yg ganjil kerana fungsinya sebagai ayat rawatan memang telah ditetapkan oleh Allah.

Antara ayat al quran lain bermaksud fungsi al quran sebagai ruqyah penyembuh :

(وَلَوْ جَعَلْنَاهُ قُرْآنًا أَعْجَمِيًّا لَقَالُوا لَوْلَا فُصِّلَتْ آيَاتُهُ ۖ أَأَعْجَمِيٌّ وَعَرَبِيٌّ ۗ قُلْ هُوَ لِلَّذِينَ آمَنُوا هُدًى وَشِفَاءٌ ۖ وَالَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ فِي آذَانِهِمْ وَقْرٌ وَهُوَ عَلَيْهِمْ عَمًى ۚ أُولَٰئِكَ يُنَادَوْنَ مِنْ مَكَانٍ بَعِيدٍ) [Surat Fussilat : 44]

(وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا) [Surat Al-Isra : 82]

Ayat surah toha ini digunakan kerana mengambil sempena peristiwa lembutnya hati S. Umar menerima islam kerana membaca ayat surah toha ini. Apapun, perkara yg lebih penting ialah kemujarabannya sebagai pelembut hati telah terbukti dan justeru itulah pengamalannya tersebar luas.

Tidak semua yang TIDAK dilakukan oleh rasul itu tidak boleh dilakukan apatah lagi jika Allah sendiri yg menyatakan ia adalah fungsi kalam-Nya.

Sabda nabi dlm riwayat al bukhari (bwh tajuk al I'tisam) & muslim (bwh tajuk al hajj) :

إذا أمرتكم بأمر فأتوا منه ما استطعتم ، وإذا نهيتكم عن شيء فاجتنبوه

Maksudnya : Apabila aku MENYURUH kamu dengan sesuatu suruhan, maka lakukanlah apa yg terdaya olehmu, dan apabila aku MELARANG kamu daripada sesuatu, maka hindarilah ia.

Kesimpulannya, berdasarkan ayat2 al quran, hadis dan amalan sahabat dan tabien, ulamak usul telah menyimpulkan
"Sunnah itu ialah kata2, perbuatan dan perakuan Nabi saw" dan bukan perkara yang ditinggalkannya.

Kalaulah dalam hadis disebut
" وما تركته فاتركوه "

nescaya kaedah usul itu berbeza.
WaAllahu a'lam.
Ummu Najwa Saya setuju dgn Roha yunus..

No comments:

Post a Comment