Monday 7 December 2015

hukum mmbaca doa dlm sujud menggunakan bahasa melayu

assalamualaikum.ustaz ustazah.apa kah hukum mmbaca doa dlm sujud menggunakan bahasa melayu.ada yg kata tak sah solat ,ada yg kata dibolehkan.sebenarnya mana jwpn yg betul mengikut imam syafie.

Abdullah Khairi Sdri Norma Bakar.......

Soalan sdri sebetulnya belum dijawab. Tetapi disebabkan terlalu ramai kumpulan kaum muda dalam group ini (group tidak bermazhab) yg merasakan diri mereka sudah cukup berkeupayaan untuk mentafsirkan hadis & memberi fatwa sewenang-wenang, terpaksalah saya menulis panjang. Dengan harapan supaya mereka mengerti bahawa urusan agama ini besar & membawa ke akhirat. Jika tersilap boleh menyesatkan umat & dosanya akan ditanggung selagi orang mengamalkannya.

JAWAPAN soalan saudari :

Dalam mazhab syafie, soalan saudari ini telah dijawab oleh Imam al-Nawawi -imam ahli hadis bermazhab syafie - dalam Syarah al-Muhazzab, jld.3, saya terjemahkan...

"TIDAK BOLEH membaca apa-apa doa yang tidak datang dari NABI DALAM BAHASA LAIN (BUKAN ARAB) TANPA KHILAF, dan perbuatan ini AKAN MEMBATALKAN SOLAT.

Berbeza jika seseorang itu MEMBACA DOA YANG DICIPTANYA DALAM BAHASA ARAB. Perbuatan ini BOLEH/HARUS dalam mazhab kami TANPA KHILAF".

Demikian konklusi imam nawawi selepas meneliti KESELURUHAN AYAT QURAN DAN HADIS DALAM BAB INI.

KESIMPULANNYA :
JIka saudari ingin membaca apa2 doa dalam bahasa melayu @ inggeris @ selainnya, saudari HENDAKLAH MEMBACANYA DI DALAM HATI. Kerana jika saudari membacanya kuat, ia AKAN MEMBATALKAN SOLAT.

Namun, jika saudari hafaz beberapa doa arab dan ingin membacanya, saudari BOLEH LAH membacanya sehingga didengari oleh telinga saudari sendiri sbgmn kita membaca al-fatihah dlm solat.

Memang terdapat sedikit khilaf bagi yg 'ajiz ghayr qadir TETAPI dalam situasi orang melayu yg berkemampuan membaca, pendapat imam nawawi itulah yg terpakai.

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment