Monday 7 December 2015

Hukum Mandi Wiladah


Assalamualaikum..ustaz&ustazah sya ingin bertanyakn soalan mengenaimandi wiladah..adakah mndi wiladah itu wajib bg wanita yg beranak?sebb sesetgh ulamak mengatakn wjib mndi..dan sesetgah mengatakn tidak wajib mandi wiladah..memadai dgn mandi nifas sahaja..mohon prncerahan trima ksih.
Duniaku Dakwahku and 4 others like this.
Comments
Rohidin Khamis Wajib mandi, wiladah atau nifas atau mandi hadas tujuannya sama untuk menyucikan anngota. Jika telah mandi wiladah tiada kotoran perlu solat, jika belum suci mandi nifas setelah 60 hari. Wallahualam.
Zunaidah Eda Terima kasih ustaz..
Izhar Saidin Layari Fb Klip soal jawab Ust Azhar Idrus,ada jawapannya.Penerangannya mudah difahami dan ada contohnya.
Roha Yunus Abu Bakar
Write a reply...
Abdullah Khairi 1. Isu hukum MANDI WILADAH.

Menurut mazhab syafie, hukum mandi wiladah adalah WAJIB.

Begitu juga bagi wiladah yg tiada darah menurut qawl asoh.

Kata imam nawawi dlm matan minhaj,

موجبه موت....وكذا وﻻدة بﻻ بلل في اﻷصح

Maksud : Yang mewajibkan mandi ialah mati.....dan demikian juga WILADAH walaupun tanpa basah (darah) menurut qawl yg asoh.

Al-Syarbini menjelaskannya dlm mughni,

Wiladah itu bermaksud kelahiran bayi & juga keguguran dlm bentuk 'alaqah & mudghah.

Ini kerana bayi atau janin yg blm sempurna itu berasal dari air mani yg telah bercantum.
Keluar mani mewajibkan mandi.

Ini juga krn biasanya setiap kelahiran/keguguran akan disertai oleh darah.

- Dalam fiqh islamiy dr. Wahbah, pendapat rajih dlm mazhab Hanbali TIDAK WAJIB mandi bagi kelahiran yg tiada darah. Demikian juga keguguran kerana ia bukan dinamakan wiladah.

Namun pendapat muktamad dlm mazhab Maliki,
pendapat mukhtar (terpilih) dlm mazhab Hanafi
Dan pndpt yg asoh dlm mazhab Syafie ialah WAJIB MANDI WILADAH.

- Dlm kitab fiqh tahorah, dijelaskan dlm mazhab Syafie pendapat muqabil asoh ialah TIDAK WAJIB mandi wiladah jika TIADA DARAH ketika kelahiran/keguguran.

Manakala pendapat sbhgn imam mazhab hanafi iaitu imam abu yusuf & i. Muhammad berpendapat seperti pendapat muqabil asoh dalam mazhab Syafie iaitu TIDAK WAJIB mandi wiladah.

2. Isu BILA SEPATUTNYA MANDI WILADAH
Bagi mazhab Syafie qawl asoh.

- Bagi wiladah bersalin TANPA DARAH, pmpn tersebut WAJIB mandi wiladah slps bersalin untuk menunaikan solat fardhu. Ini kerana ia WAJIB solat dalam waktunya. Solat wajib sekiranya tiada haid & nifas.

- Bagi wiladah yg disertai darah nifas, walaupun hukum mandi wiladah itu wajib tetapi memadai pmpn itu mandi SEKALI SAHAJA bagi kedua2 sebab yg mewajibkan mandi tersebut (mandi wiladah & mandi tamat nifas).

Mandi wiladah harus dilewatkan sehingga habis nifas. Ini kerana TUJUAN mandi wajib ialah UNTUK MENGANGKAT HADAS BESAR DEMI MENGHARUSKAN ibadat solat. Jika ia mandi wiladah sekali pun slps bersalin, hadas besar tidak terangkat kerana darah nifas masih keluar.

Justeru, dia WAJIB mandi apabila habis darah nifas. Mandi wajib setelah tamat nifas ini akan mengangkat sekali kewajipan mandi wiladah.

Perumpamaan lain yg boleh difahami ialah melakukan sekali persetubuhan mewajibkan mandi. Tetapi apabila seseorang itu belum mandi tetapi melakukan persetubuhan kali ke2, adakah dia wajib mandi 2 kali?

Jawapannya tidak. Dia hanya wajib mandi sekali shj. Kerana tujuan mandi adalah untuk mengangkat hadas & mengharuskan ibadat. Dan sekali mandi wajib telah pun mencapai tujuan itu.

Wallahu a'lam.
Zunaidah Eda Terima kasih di atas huraian dan penjelasan ini..

No comments:

Post a Comment