Monday 7 December 2015

Hukum ketuk kepala ikan air tawar untuk dijual

Mohd Hairi Assalammualaikum.....Saudara Abdullah Khairi,sy ingin mgjukan stu persoalan....sy salah seorg penjual ikan air twar....sebelum sy myiang ikan jualan sy,sy memukulnya dulu dgn kayu dgn tujuan utk melemahkannya d juga utk mgelak dari terkena sengat yg boleh memudaratkan sy d sekiranya ia berlaku pd sy,ia mgk akan mgambil mse yg agak lame utk sembuh,ia akan memberi kesan kpd ekonomi keluarga sy.....krn ia adalah sumber utama ekonomi keluarga sy.....Apakah hukumnya perbuatan sy itu pd pandgan saudara Abdullah Khairi ttg permasaalah sy selama ini ?
Abdullah Khairi Wkslm saudara Mohd Hairii...

Berkenaan masalah saudara itu, setakat pengetahuan saya perbuatan itu DIHARUSKAN/DIBOLEHKAN.

Ini kerana haiwan yg Allah halalkan itu telah Allah peruntukkan untuk menjadi makanan manusia. Sebab itu ia harus dibunuh demi untuk memakannya.

Jadi dalam usaha membunuhnya sebagai makanan, APA-APA SAHAJA TINDAKAN YANG WAJAR adalah diharuskan.

Rasul bersabda :

"Apabila kamu membunuh, bunuhlah dengan sebaik-baiknya (berlaku ihsan), apabila kamu menyembelih sembelihlah dgn sebaik-baiknya"

Jadi, jika perbuatan mengetuk kepala ikan keli itu adalah mekanisme terbaik pada pndgn saudara utk mengelakkan sengatan, ia diharuskan.

Sama seperti orang menangkap ikan menggunakan mata kail. Sama juga seperti orang menjerat binatang hingga 1 kaki terikat ke atas. Tentulah semua itu menyakiti binatang. Tetapi ia diharuskan.

Lainlah kalau tiba-tiba ada diisytiharkan oleh badan2 tertentu terdapat sejenis ubat yg baru dicipta, yg boleh digunakan utk memengsankan ikan selama beberapa minit, yg tujuannya supaya mudah disiang tanpa memukulnya hidup2.

Pada ketika itu, jika ekonomi saudara mengizinkan, eloklah saudara gunakan ubat tersebut sebagai ihsan saudara terhadap ikan itu.
Mudah2an Allah menilai wang saudara membeli ubat tersebut sebagai amal soleh.

Wallahu a'lam.
Mohd Hairi Jutaan terima kasih datas penjelasan saudara Abdullah Khairi...moga2 dpt sy kongsikan pejelasan ini,kpd kwn2 yg sealiran. dgn sy...d menerangkan kpd pelnggan2 yg dtg ..... insyaaAllah .....

No comments:

Post a Comment